Khamis, Julai 10, 2008

Makmurnya Malaysia

Harga minyak yang rendah tidak menunjukan kehidupan rakyatnya yang mewah. Ini berlaku di Venezuela.

Dulu Venezuela merupakan negara pengeluar minyak yang terkemuka dunia. Pernah mengeluarkan 5juta tong sehari tetapi kini hanya 2.5juta sehari.

Untuk dilihat popular, harga diturunkan sehingga 3fence (30sen). Walaupun harganya rendah tapi kadfar kehidupannya tinggi jika dibandingkan dengan Malaysia.

Sebagai contoh kos perbelanjaan rakyat disana, untuk 4orang makan, mereka terpaksa menjelaskan bayaran sebanyak Rm800.00 di Venezuela.

Di Malaysia, mereka hanya membayar sekitar RM20 ke RM30 untuk bilangan yang sama walaupun kerajaan malaysia mengamalkan kaedah tidak popular dengan menaikan harga minyak sebanyak RM0.78 seliter

4 ulasan:

Udenikov berkata...

betullah ... konon boleh turunkan harga. bisakah???

jasatebrau.blogspot.com

Aspirasi berkata...

nak makan minyak ke nak makan nasik....

buat harga minyak murah kalau harga nasi mahal.......

( aspirasibangsa )

Akar Umbi berkata...

Biar betul bang! Takkan sorokkan fakta atau pun memang tak tahu yang Venezuela kena sekatan ekonomi oleh USA.

Lagi satu, kenapa blog orang-orang jasa bawa kisah yang sama. Ini sudah macam brung Nuri yang diajar berkata-kata!

Bagilah fakta yang power, baru orang boleh terima.

Dulu saya belanja petrol RM30 sehari. Sekarang kena belanja RM42. Maknanya belanja naik RM12. Dihubungkan dengan statement JASA RM20-30 boleh makan orang, saya pula ambil average ditengah iaitu RM24.

Kalau saya sekeluarga (termasuk 2 orang anak), saya akan order di kedai "Kak, nasi campur 2, sirap 2 dan tolong bawa 2 pinggan dan 2 gelas kosong". Mengapa saya buat demikian? Jawabnya, kerana belanja makan RM24 tetapi dek kerana dah guna tampung kenaikan minyak RM12 sehari, maka terpaksalah makan sepingan berdua!

Puteri Sulung berkata...

Salam..
Pada masa kini terlalu banyak isu-isu perkauman diutarakan. Pada pendapat JASA Parit Sulong, apakah kaedah yang paling berkesan untuk menangani masalah ini agar matlamat YAB Perdana Menteri kita iaitu 1Malaysia dapat dicapai denga begitu berkesan.